...KAMI MENJANJIKAN KUALITI KEK LAPIS SARAWAK YANG TERBAIK UNTUK ANDA...
Kek lapis Sarawak adalah salah satu daripada makanan tradisi masyarakat di Sarawak,
beraneka jenis kek lapis Sarawak yang mempunyai pelbagai corak yang unik dan rasa yang enak.

TREND DAN SAIZ PASARAN

Trend pasaran kami dibahagikan kepada dua situasi. Pertama, kami menyasarkan semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Krismas dan sebagainya. Pada masa ini, tempahan sememangnya tidak pernah putus-putus. Kadang kala perkara ini hampir menyebabkan kami hampir kehabisan stok.
            Situasi kedua yang menjadi trend kami pula adalah pada musim cuti sekolah. Musim ini, kebanyakkan pelancong yang datang dari dalam dan luar negara akan berkunjung ke Sarawak. Sebagai produk simbolik kepada Bumi Kenyalang ini, kek lapis Sarawak telah menjadi satu kemestian untuk dibeli dan dirasai oleh pelancong pada musim-musim persekolahan. Selain itu, musim cuti sekolah ini amat menggalakkan tempahan daripada pelanggan kerana pada masa inilah majlis-majlis seperti perkahwinan, pertunangan dan sebagainya dilangsungkan. Saiz pasaran pada masa ini memerlukan sekurang-kurangnya hampir menyamai 1,000 unit kek lapis Sarawak untuk ditempah dan dibeli dalam tempoh masa dua minggu.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Bake For Me Cake House Template by Ipietoon Cute Blog Design