...KAMI MENJANJIKAN KUALITI KEK LAPIS SARAWAK YANG TERBAIK UNTUK ANDA...
Kek lapis Sarawak adalah salah satu daripada makanan tradisi masyarakat di Sarawak,
beraneka jenis kek lapis Sarawak yang mempunyai pelbagai corak yang unik dan rasa yang enak.

PASARAN SASARAN


Kek Lapis Sarawak merupakan hasil kerja tangan tradisi warga Bumi Kenyalang yang diwarisi secara turun temurun. Penghasilan Kek Lapis Sarawak melalui proses manual yang amat teliti, rumit dan memakan masa maka tidak hairanlah harganya yang sedikit mahal. Kesabaran dan kesenian tinggi akan menghasilkan Kek Lapis Sarawak yang begitu menarik dalam kepelbagaian corak, rasa dan saiz. Kami sekadar menamakan beberapa jenis kek seperti Domino, Ketupat dan Coklat Chip merupakan antara kek pelbagai rasa dan corak yang mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan kami.

         Keunikan Kek Lapis Sarawak yang dihasilkan telah memberikan impak besar kepada masyarakat Malaysia hari ini. Kek Lapis Sarawak di samping menjadi menu utama hari – hari perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali dan Gawai, turut menjadi pilihan di Majlis Perkahwinan, Pertunangan malahan tidak ketinggalan badan-badan korporat juga memilih Kek Lapis Sarawak menjadi cenderahati di majlis – majlis rasmi mereka sebagai satu bentuk kelainan. Kini, Kek Lapis Sarawak merupakan industri besar yang bakal menjengah ke pasaran global sesuai dengan keunikannya yang cantik dilihat dan sedap dimakan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Bake For Me Cake House Template by Ipietoon Cute Blog Design