...KAMI MENJANJIKAN KUALITI KEK LAPIS SARAWAK YANG TERBAIK UNTUK ANDA...
Kek lapis Sarawak adalah salah satu daripada makanan tradisi masyarakat di Sarawak,
beraneka jenis kek lapis Sarawak yang mempunyai pelbagai corak yang unik dan rasa yang enak.

PEMILIHAN PRODUK

Ramai yang teruja apabila melihat gambar bermacam-macam jenis kek dan biskut perayaan dimuatnaik melalui laman sosial atau dihantar secara e-mel kepada mereka. Apa lagi proses menempahnya secara online begitu mudah sekali. Mereka yang berminat hanya perlu membayar deposit dalam akaun penjual atau pembekal produk yang dipilih secara online.

         Tujuan kami membuka perniagaan Kek Lapis Sarawak secara online ini adalah untuk mengkomersialkan Kek Lapis Sarawak dengan lebih meluas dan kelebihan utama kek lapis Sarawak ialah pakej motif dan coraknya yang unik serta digabungkan dengan keenakan rasa, di samping teksturnya yang lembap namun pejal. Tidak dinafikan ia juga tampak versatil dan boleh dihidangkan untuk pelbagai majlis, bukan saja untuk perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Deepavali dan sebagainya, malah untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, hadiah dan ‘ole-ole’.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Bake For Me Cake House Template by Ipietoon Cute Blog Design