...KAMI MENJANJIKAN KUALITI KEK LAPIS SARAWAK YANG TERBAIK UNTUK ANDA...
Kek lapis Sarawak adalah salah satu daripada makanan tradisi masyarakat di Sarawak,
beraneka jenis kek lapis Sarawak yang mempunyai pelbagai corak yang unik dan rasa yang enak.

MASALAH PEMASARAN ( E- DAGANG)


PEMASARAN PRODUK

Kami telah membuat beberapa kajian tentang produk yang berpontensi dan berdaya saing untuk diperkenalkan di pasaran. Produk tersebut  Kuih Lapis Sarawak.

Kek Lapis Sarawak


Kek lapis Sarawak adalah salah satu kuih tradisional orang Malaysia yang digemari Potensi pengeluaran kek lapis Sarawak tidak terhad kepada musim perayaan,hal ini kerana kek lapis Sarawak merupakan hidangan pencuci mulut yang popular dalam majlis kahwin,mesyuarat rasmi,dan pelbagai majlis lagi.
4
Bidang perniagaan makanan malaysia telah mendapat permintaan tinggi dalam serta luar Negara.Pemasaran kek lapis Sarawak adalah satu daripada pemasaran makanan,oleh itu untuk memulakan pemasaran kek lapis Sarawak haruslah mengkaji potensi dan keperluan masyarakat setempat. Menentukan jenis produk dan mengetahui keperluan pengguna,kehendak,permintaan,dan produk juga antara teras yang penting dalam memulakan pemasaran.Keperluan produk kek lapis Sarawak hendaklah selaras dengan permintaan masyarakat setempat.

Antara objektif strategik ialah meluaskan perniagaan kek lapis Sarawak ,dalam mencapai objektif terdapat banyak proses yang terlibat ,antaranya ialah pengiklanan,jualan dan pengenalan kepada kek lapis Sarawak melalui badan kerajaan seperti Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa).

Melalui badan tersebut lebih mudah untuk memasarkan produk melalui karnival yang diadakan seperti Karnival Desa Malaysia.Selain itu,penetapan harga haruslah dibuat untuk menyenangkan para pelanggan dan memenuhi teras  pemasaran yang diperlukan.

Pencampuran pemasaran adalah penting kerana konsep ini merupakan aspek penting dalam strategi pemasaran,antara campuran yang boleh dibuat ialah pencampuran bahan seperti kek lapis dicampur dengan keju ataupun coklat.Kelainan yang dibuat boleh mewujudkan permintaan yang lebih tinggi dan haruslah bersedia dengan kehendak pelanggan .Selain bahan , bentuk kek juga boleh diubah mengikut citarasa pelanggan dan menawarkan pelbagai jenis tempahan kepada para pelanggan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Bake For Me Cake House Template by Ipietoon Cute Blog Design