...KAMI MENJANJIKAN KUALITI KEK LAPIS SARAWAK YANG TERBAIK UNTUK ANDA...
Kek lapis Sarawak adalah salah satu daripada makanan tradisi masyarakat di Sarawak,
beraneka jenis kek lapis Sarawak yang mempunyai pelbagai corak yang unik dan rasa yang enak.

PENGENALAN




Kek lapis Sarawak ialah menu istimewa masyarakat negeri Sarawak yang menjadi hidangan ‘rasmi’ untuk disediakan kepada setiap tetamu yang berkunjung ke rumah semasa perayaan. Hari ini, produk makanan ini bukan sekadar dilihat sebagai kek untuk dimakan, tetapi seni penghasilannya yang unik telah mula menjadi tarikan kepada masyarakat dari seluruh negara.
  Hampir setiap pelancong yang berkunjung ke Bumi Kenyalang pasti akan membeli kek lapis Sarawak sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.Tidak dinafikan ia juga bersifat versatil dan boleh dihidangkan untuk pelbagai majlis, bukan sahaja untuk perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Gawai Dayak dan Krismas, malah untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, hadiah dan ole-ole istimewa.
         Memperkenalkan Kek Lapis Sarawak keluaran "Bake For Me Cake House", Kek Lapis Sarawak yang berkualiti tinggi, buatan tradisional dan pelbagai jenis. Kini anda boleh menempah secara online. Tempahan dibuka 24 jam / 7 hari seminggu.
             
        

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Bake For Me Cake House Template by Ipietoon Cute Blog Design